Powered By Blogger

Friday 20 November 2015

BERITA BSN





SHAH ALAM 17 Jun - Bank Simpanan Nasional (BSN) optimis mencapai sasaran pembiayaan sebanyak RM600 juta melalui skim pinjaman peribadi Amanah Saham Bumiputera (ASB) menjelang hujung tahun ini.
Timbalan Ketua Eksekutif Sokongan Korporat BSN, Ahmad Latfan Mohd. Amran berkata, pembiayaan itu yang dilancarkan baru-baru ini, disasarkan khususnya kepada kakitangan kerajaan.
Beliau yakin sasaran itu dapat dicapai memandangkan BSN kini mempunyai 401 cawangan dan 5,300 ejen berdaftar di seluruh negara yang mampu mempromosikan pembiayaan tersebut.
"Kita positif angka ini dapat dicapai berdasarkan sokongan pelanggan kerana ini juga merupakan pelaburan yang bijak kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan cawangan baharu BSN di Seksyen 18 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah BSN Selangor, Komarudin Mustapha.
Pembukaan cawangan baharu itu adalah yang kelima di Shah Alam dan ke-47 di negeri ini.
Sementara itu, beliau memberitahu, BSN akan membuka 10 lagi cawangan dalam usaha mengembangkan operasinya di negara ini.
"Beberapa lokasi strategik telah dikenal pasti termasuk di kawasan perniagaan yang berpotensi di seluruh negara," katanya.




VIDEO






TABUNGAN BSN



AKTIVITI :

Bank Simpanan Nasional (BSN) juga telah menghasilkan tabungan BSN yang mewakili nama syarikat tersendiri.



TABUNGAN VAN BSN EDISI PERTAMA (KE-1)






TABUNGAN VAN BSN EDISI KEDUA (KE-2)





TABUNGAN BSN LAIN-LAIN